pregnancy week by week

Wednesday, October 22, 2008

posto-posto



huhu..

td dpt parcel from ma fren, die adiahkan brg..hehe
jp,nk tepek gambo..
to ma fren tu,thanx hun..
gwe syg sama lu..huhu



siap dpt mask lg..huhu


susah

susah dlm idup ni klau pe yg kite buat org xpercaya..urm
siyes,aku rase sgt kecewa bile pe yg aku buat org pertikaikan & xpercaya..
tolong lah, klau aku nk wt jht dari dulu lgi aku da wt..
xyah nk tgu skang..
sgt kecewa bile jadi cmtu,rase cm aku ni lgsg xde guna dlm idup dorang..
Tuhan je yg tau pe aku rase selama ni, klau leh lari dari smo ni aku r org first yg akan wt cmtu..
aku xkuat nk hadapi smo ni..

Tuesday, October 21, 2008

Sinopsis Sinetron Soleha



Ada sorang kawan wa suka layan citer nih.... 149 episod tu..... Inilah sinopsis yg wa copy dari website sinemart......

Soleha, Arini Soleha, is a strong, determined, and tomboy young woman. Behind the tough exterior, she is actually a very sincere and religious girl. She used to be called Arini when she was a kid.

She lives with her cousin Mia, and her evil, reckless uncle, Arman. Arman brought Soleha and Mia to Jakarta to escape his mounting debt.

In the harsh economic condition of Jakarta, Soleha who used to be a prayer and religion teacher, was now forced to take a job as the assistant of a public transportation driver.

She then got to know a handsome young driver named Rendra, They became a solid partner. Rendra was reluctant at first. But after seeing how determined and hardworking Soleha is, he then said yes. After all the time they spent together, Renda was slowly falling in love with Soleha.

One day, the public transport Rendra drove hit a posh car. Turns out, it belongs to Evan, a famous and arrogant movie star. Both Evan and Soleha got into a heated argument that ended in hatred.

Little did they know, Ervan and Soleha were actually childhood friends. For a brief period of time, they grew up together, promised to care for each other, and promised to stay friends forever. They were separated due to a tragic event that had caused the death of Soleha's father, Mario, without a chance to say goodbye.

After the argument with Ervan, Soleha hopped back into the car. Suddenly, her vision became blurry and she almost got hit by a motorcycle. Since that day, she frequently experienced a blurry vision. On top of that, one day when she was about to wash up before praying, her hand suddenly stiffen and unable to move. Soleha was confused. She had no idea that it was due to an illness that will change the course of the rest of her life.

One day, while working, Soleha passed out. Rendra was panic. He immediately brought her to the hospital.

After a thorough examination, Soleha was diagnosed with Multiple Sclerosis, a disease that attacks the brain's nervous system. Soleha was shocked. She was devastated to know that there's still no cure for this disease.

Soleha was frighten and sad. She kept it all to herself. All this burden had caused her to be easily irritated and sensitive. Rendra was puzzled to see the sudden change in her.

Fortunately, Soleha's doctor, Dr.Fabian, has been pretty generous in helping her with the medical fees. For some reason, Soleha had made quite an impression on Dr. Fabian. He always felt like there's some sort of strong bond between Soleha and one of his patients. He is determined to know the answer.

One day, faith brought Ervan and Soleha together again. Ervan's anger towards her slowly diminished, turning into sympathy and admiration. Soleha also inspire Ervan to make positive changes during this time when his career was going stagnant.

And the story goes on, filled with conflicts that arises many questions. How will Soleha go through her life, fighting the disease? Will she make it? Will Soleha finally realize that Ervan is her long lost childhood friend she's been seeking? How will Rendra react to all this? What other facts about herself will Soleha discover later on?

Thursday, October 16, 2008

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Petikan dari email...

Satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim ( Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Spider web




Sekian lama x memblog, kali ni nak memuatkan kisah sarang labah-labah (spiderweb) since blogku ini dikatakan bersawang dan bersarang labah-labah... hehehehehe

petikan dari DrIkmal Online (http://www.geocities.com/drikmal/artikel_agama_16.html)

"Pada hari kedua, serombongan musuh yang diketuai oleh Abu Jahal telah sampai di sekitar gua Tsaur tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bkar. Sesama mereka terjadi pertikaian, ada yang ingin masuk dan ada yang enggan kerana memandangkan keadaan pintu gua yang diliputi sarang labah-labah dan sarang burung membayangkan tidak logik ada manusia yang baru masuk ke dalamnya. Akhirnya mereka menerima keputusan dari Umaiyah bin Khalaf yang menggesa supaya mereka jangan membuang masa di pintu gua itu, malah lebih baik mereka pergi saja ke tempat lain untuk mencari
Rasulullah."

renung-renungkan... selamat beramal